Ahad, 6 Mei 2012

Refleksi Analisis Dokumen

Ini merupakan kali pertama saya didedahkan mengenai analisis dokumen. Sebelum ini saya belum pernah membuat analisi dokumen. Hanya membuat tugasan esei, refleksi, review artikel dan sebaganinya. Semasa melakukam tugasan analisis dokumen ini, banyak perkara baru yang saya dapat pelajari. "First impression" saya semasa diarahkan untuk membuat analisis dokumen, saya membayangkan ianya pasti sukar. Saya mengandaikan mungkin seperti menganalisis tesis. Perlu membuat kajian, menilai dengan terperinci dan teliti. Namun ia tidak  seperti yang saya sangkakan itu. Ianya mudah dan ringkas sahaja. Berikut merupakan refleksi saya mengenai dokumen analisis dan topik yang dibuat dalam dokumen analisis.

1) Perkara Dipelajari
Tajuk yang ditugaskan untuk membuat dokumen analisis ini ialah Sekolah Bestari (Smart School). Sekolah Bestari merupakan  institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk menbantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat. Dalam pembacaan saya mengenai Sekolah Bestari mempunyai beberapa ciri kompenan utama antaranya ialah :

    a) Pengajaran dan Pembelajaran
    b) Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
    c) Polisi
    d) Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap
    e) Teknologi
    f) Proses

Kesemua komponen diatas akan dinilai dan diubah untuk memastika taha kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi dapat dicapai.

Selain itu, di akhir pembacaan saya, saya dapat membezakan antara sekolah biasa (yang sedia ada) dan Sekolah Bestari. Perbezaan tersebut dapat kita lihat daripada pelbagai sudut. Antaranya, sekolah bestari :

   a) Semua murid berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing.
   b) Guru akan mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan mengambil kira keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengetahuan murid
   c) Persekitaran sekolah adalah kondusif untuk aktiviti pembelajaran, menggalakn murid mengamalkan gaya    pembelajaran akses kendiri dan terarah.
    d) Guru sebagai fasilitator untuk menggalakkan minat belajar setiap murid secara berterusan.
    e) Pengetua ayau Guru Besar sekolah akan bertindak sebagai pemimpin pendidikan dan disokong oleh sekumpulan tenaga pengajar yang professional dan berkaliber.

Seterusnya, topik Sekolah Bestari ini sekiranya dikaitkan dengan hubungan kerjaya saya untuk akan datang iaitu menjadi seorang guru, amatlah besar cabaran dan tanggungjawabnya. Oleh itu, saya berpendapat dalam menangani cabaran untuk menghadapi sekolah besteri serta perkembangan sekolah bestari, beberapa langkah boleh dilakukan. Langkah -langkah tersebut ialah semua guru perlu memberi perhatian dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bestari,  pengurusan bilik darjah dan pengurusan teknologi supaya dapat pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. Selain itu, guru perlu tahu dalam penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Untuk refleksi terhadap menyiapkan dokumen analisis, saya fokuskan kepada penglibatan ahli kumpulan saya.  Ahli kumpulan saya terdiri daripada 4 orang ahli. Mereka semua menunjukkan sikap komited dalam menyiapkan tugasan dokumen analisis ini. Semua melibatkan diri dalam sesi perbincangan dan memberi idea-idea yang bernas. Tiada yang hanya melihat dan duduk saja. Saya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan saya. Terima kasih semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...